Pages

Lain2 Jenis Zakat


Zakat Pertanian

Zakat pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan bagi negara Malaysia adalah zakat padi.

Dalil Wajib Zakat

Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu….”
(Surah Al-Baqarah:267)


Syarat Wajib Zakat Pertanian
  • Islam
  • Sempurna milik
  • Merdeka
  • Cukup Nisab – * cukup sukatan iaitu 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia)
  • Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia
* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan

Kaedah Mengeluarkan Zakat Pertanian
Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilannya.
Secara ringkasnya, fatwa di negeri Selangor telah menetapkan jumlah zakat yang wajib dibayar untuk zakat pertanian adalah sebanyak 5% berbanding beberapa perbezaan yang perlu dibayar sebelum ini.Contohnya, zakat padi yang perlu dikeluarkan selepas musim menuai adalah sebanyak 5% bagi keseluruhan hasil tanaman.


Zakat Ternakan

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Dalil Wajib Zakat

Sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun).”
(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih




Syarat Wajib Zakat Ternakan
  • Islam
  • Sempurna milik
  • Merdeka
  • Cukup Nisab-(Genap setahun)
  • Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya.
Keterangan

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat.”
(Surah Al-Baqarah:267)

Sifir Kiraan Zakat Lembu/ Kerbau

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT

Bilangan (ekor)

Bilangan

Jantina

Umur

30 – 39

1 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

40 – 49

1 ekor

Betina

2 tahun lebih**

60 – 69

2 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

70 – 79

1 ekor &
1 ekor

Jantan &
Betina

1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**

80 – 89

2 ekor

Betina

2 tahun lebih**

90 – 99

3 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

100 – 109

2 ekor &
1 ekor

Jantan &
Betina

1 tahun lebih & *

2 tahun lebih**

110 – 119

2 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

120 ke atas

3 ekor atau
4 ekor

Betina @
Jantan

2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.
** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemeliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
.
Sifir Kiraan Zakat Kambing/ Biri-Biri


KADAR NISAB

KADAR ZAKAT


Bilangan (ekor)


Bilangan


Jantina


Umur

40 – 120

1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing

Jantan/Betina
Jantan/Betina

1 tahun
2 tahun

121 – 200

2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing

Jantan/Betina
Jantan/Betina

1 tahun

201 – 399

3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing

Jantan/Betina
Jantan/Betina

1 tahun
2 tahun

Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor

1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing

Jantan/Betina
Jantan/Betina

2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz
  • Zakat Ma’adin
Ma’adin bermaksud segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
  • Zakat Kunuz
Kunuz pula bermaksud harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
  • Zakat Rikaz
Rikaz ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah).