Dalil Wajib Zakat
“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” |
.
KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa. |
Fatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.
Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
Kaedah Kiraan Zakat KWSP
Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
- Milik Sempurna
Bersama pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencaruman mengeluarkan wang tersebut (samada ketika bersara atau membeli rumah). Kadarnya ialah 2.5%.
Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%
(Catatan : Pusat Zakat Selangor mengambil pandangan ini dalam pengiraan zakat atas KWSP)
- Milik Tidak Sempurna
Mengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya adalah 2.5%.
Zakat KWSP wajib dikeluarkan dengan kadar 2.5% apabila wang caruman dikeluarkan melalui pelbagai Skim Pengeluaran KWSP atau mengeluarkan sebagian daripada caruman tersebut. Antara Skim Pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ialah :
- Skim Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
- Skim Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Skim Pengeluaran Pendidikan
- Skim Pengeluaran Kesihatan
- Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)
- Skim Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP)
- Skim Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun
- Skim Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun
- Skim Pengeluaran Hilang Upaya
- Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara
- Skim Pengeluaran Kematian
Contoh Pengiraan Zakat KWSP:
Nisab Tahun 2008 : RM6 400.00
Encik Ali mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
Jumlah zakat yang dikenakan : RM10,000 X 2.5% = RM250.00