Objektif

Beroperasi di Masjid Lama yang sudah uzur demi mejaga kesucian dan kesempurnaanya. Satu asrama perlu didirikan untuk anak-anak yatim fakir miskin, muallaf (saudara baru) dan lain-lain asnaf supaya sentiasa dapat mengimarahkan rumah Allah Swt daripada terbiar begitu sahaja.

Diwujudkan untuk menambahkan bilangan golongan para hafiz di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya. Madrasah ini sudah tentu akan dapat membantu kepada perkembangan penghafalan Al-Quran serta pengajian ilmiah untuk kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Madrasah ini juga akan dapat mencapai matlamat berikut :

1.    Melahirkan para pelajar yang boleh membaca dan menghafal  Al-Quran dengan cara yang terbaik.

2.   Melahirkan para Hufaz dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan dan di iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

3.   Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam ini.

4.   Untuk mengimarahkan masjid dengan program Al-Quran dan pengajian ilmu.

Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai asset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk jadi panduan secara praktikal untuk seluruh alam, adalah tanggungjawab setiap orang islam.