Zakat Saham

Dalil Wajib Zakat

Firman Allah s.w.t:

Dalil dan syarat wajib mengeluarkan zakat saham adalah sama seperti dalil dan syarat atas zakat wang simpanan.

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

.

Kaedah Kiraan Zakat Saham

  • Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
  • Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
  • Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% daripada nilai semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada) dan sama atau melebihi nilai nisab semasa.